Thursday, August 21, 2014

Tips menaikkan berat badan

Assalamualaikum anakanda yang disayangi sekalian. Memandangkan bonda seorang tidak suka dilabel kurus keding,kurus lidi,boleh diterbangkan angin disebabkan terlalu slim. Maka bonda kongsikan petua yang telah bonda amalkan untuk menaikkan berat badan bonda kepada berat badan ideal.

Cara menaikkan berat badan:
1.Makan sedikit tapi banyak kali.
Sebagai panduan,bonda kongsikan juga caranya:
>>sarapan pagi - makanan berat seperti nasi lemak atau bubur ayam walaupun sedikit.
>>minum pagi - minuman panas dengan sedikit biskut sudah memadai
>>makan tengah hari - makan makanan berat seperti nasi ayam dll
>>minum petang - minuman dan makanlah sedikit kuih seperti pisang goreng atau cekodok
>>makan malam - makan makanan berat sebelum pukul 9 malam
>>minum malam - minum susu sebelum tidur

2.Lakukan senaman dalam 30 minit sehingga sejam untuk memastikan berat otot atau bukan berat lemak semata-mata sebab kita mahukan berat sihat bukan gemuk overweight. OK ^_~

Dulu bonda baru amalkan dua petua ni sahaja dah naik 7KG dalam 3 bulan. Tapi sekarang berat bonda masih kurang 8 kilo untuk sampai kepada berat ideal sebab dah bertahun tinggalkan dua petua ni almaklumlah busy bekerja dan menjaga anak.
Sekarang anak-anak bonda dah besar dan boleh ajak main bola tampar atau masak kat dapur,bolehlah bonda makan banyak kali dan senaman semula.
Bonda ni jenis tak boleh makan banyak tapi bonda suka makan berkongi supaya bertambah selera makan. Terpaksalah anak-anak bonda makan setalam dengan bonda setiap hari.

3.Minum susu rendah lemak atau susu soya setiap pagi dan sebelum tidur untuk membantu tulang membesar dengan sihat sekaligus menambah berat badan.

4.Minum air didihan bubur. Ambil air bubur nasi yang sedang dimasak tu. Seeloknya ketika sarapan pagi terutamanya bagi yang tidak biasa mengambil sarapan pagi. (tak makan bubur ambik air je pun cukup membantu).

Ok setakat ni dahulu,bonda nak masak makan tengah hari ni. Nanti anak-anak bonda balik sekolah kelaparan dan jadi kurus keding macam bonda pula.
Nanti bonda buat tips berat siri 2 pula ya. ^_^

No comments:

Post a Comment