Assalamualaikum anakanda sekalian.
Hari ini bonda nak kongsi satu nasihat cara merawat penyakit hati yang pernah digariskan oleh ulama dahulu kala.
Cara merawat penyakit hati yang bonda maksud ialah:
1.Mencari guru yang boleh membimbing atau sentiasa menghadiri majlis ilmu.
2.Mencari sahabat yang soleh solehah. Sahabat terbaik adalah sahabat yang boleh menegur kesilapan kita.
3.Manfaatkan musuh untuk memperbaiki keaiban diri kita.
4.Memerhati dikalangan manusia yang berperangai buruk dan muhasabah diri agar tidak melakukan perangai yang sama.
5.Perbanyakkan zikir. Biasakan lidah menyebut nama Allah.
Juga bonda titipkan zikir yang boleh anakanda amalkan dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.
Dua kalimah yang ringan dibibir tapi berat pahalanya
"Subhanallah hiwabihamdihi subhanallah hilazim"
No comments:
Post a Comment