Thursday, August 21, 2014

Tips menaikkan berat badan

Assalamualaikum anakanda yang disayangi sekalian. Memandangkan bonda seorang tidak suka dilabel kurus keding,kurus lidi,boleh diterbangkan angin disebabkan terlalu slim. Maka bonda kongsikan petua yang telah bonda amalkan untuk menaikkan berat badan bonda kepada berat badan ideal.

Cara menaikkan berat badan:
1.Makan sedikit tapi banyak kali.
Sebagai panduan,bonda kongsikan juga caranya:
>>sarapan pagi - makanan berat seperti nasi lemak atau bubur ayam walaupun sedikit.
>>minum pagi - minuman panas dengan sedikit biskut sudah memadai
>>makan tengah hari - makan makanan berat seperti nasi ayam dll
>>minum petang - minuman dan makanlah sedikit kuih seperti pisang goreng atau cekodok
>>makan malam - makan makanan berat sebelum pukul 9 malam
>>minum malam - minum susu sebelum tidur

2.Lakukan senaman dalam 30 minit sehingga sejam untuk memastikan berat otot atau bukan berat lemak semata-mata sebab kita mahukan berat sihat bukan gemuk overweight. OK ^_~

Dulu bonda baru amalkan dua petua ni sahaja dah naik 7KG dalam 3 bulan. Tapi sekarang berat bonda masih kurang 8 kilo untuk sampai kepada berat ideal sebab dah bertahun tinggalkan dua petua ni almaklumlah busy bekerja dan menjaga anak.
Sekarang anak-anak bonda dah besar dan boleh ajak main bola tampar atau masak kat dapur,bolehlah bonda makan banyak kali dan senaman semula.
Bonda ni jenis tak boleh makan banyak tapi bonda suka makan berkongi supaya bertambah selera makan. Terpaksalah anak-anak bonda makan setalam dengan bonda setiap hari.

3.Minum susu rendah lemak atau susu soya setiap pagi dan sebelum tidur untuk membantu tulang membesar dengan sihat sekaligus menambah berat badan.

4.Minum air didihan bubur. Ambil air bubur nasi yang sedang dimasak tu. Seeloknya ketika sarapan pagi terutamanya bagi yang tidak biasa mengambil sarapan pagi. (tak makan bubur ambik air je pun cukup membantu).

Ok setakat ni dahulu,bonda nak masak makan tengah hari ni. Nanti anak-anak bonda balik sekolah kelaparan dan jadi kurus keding macam bonda pula.
Nanti bonda buat tips berat siri 2 pula ya. ^_^

RACUN PEMBUNUH HATI

Assalamualaikum anakanda sekalian.
Hari ini bonda ingin kongsika satu lagi nasihat berguna buat panduan kita dalam kehidupan seharian. Bonsa ingin mengajak anakanda sekalian bermuhasabah bersama mencari adakah kita melakukan perkara yang boleh meracuni hati kita dan seterusnya boleh memnyebabkan jauhnya kita dari sifat mahmudah dan suci hati. Semoga perkongsian kali ini membantu mengurangkan masalah anakanda sekalian.

Lapan racun yang boleh mematikan hati :
1.Tahu hak Allah tapi tidak menunaikan hak Allah.
2.Baca al-Quran tapi tidak beramal dengan hukum di dalamnya.
3.Mengaku mencintai Rasulullah tapi tidak mengamalkan sunnahnya.
4.Yakin pasti mati tapi tidak membuat persiapan menghadapinya.
5.Syaitan itu musuh tapi berkawan dengan syaitan.
6.Takut masuk neraka tapi mempersiapkan diri menjadi bahan bakar api neraka
7.Ingin masuk syurga tapi tidak membuat perkara yang melayakkan ke syurga.
8.Menyembunyikan aib sendiri tapi menyebarkan aib orang.

Merawat hati

Assalamualaikum anakanda sekalian.

Hari ini bonda nak kongsi satu nasihat cara merawat penyakit hati yang pernah digariskan oleh ulama dahulu kala.
Cara merawat penyakit hati yang bonda maksud ialah:
1.Mencari guru yang boleh membimbing atau sentiasa menghadiri majlis ilmu.
2.Mencari sahabat yang soleh solehah. Sahabat terbaik adalah sahabat yang boleh menegur kesilapan kita.
3.Manfaatkan musuh untuk memperbaiki keaiban diri kita.
4.Memerhati dikalangan manusia yang berperangai buruk dan muhasabah diri agar tidak melakukan perangai yang sama.
5.Perbanyakkan zikir. Biasakan lidah menyebut nama Allah.


Juga bonda titipkan zikir yang boleh anakanda amalkan dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Dua kalimah yang ringan dibibir tapi berat pahalanya
"Subhanallah hiwabihamdihi subhanallah hilazim"

Wednesday, August 20, 2014

Nasihat Telinga Masuk Semut

Assalamualaikum anakanda yang disayangi sekalian,
bonda mahu kongsikan satu petua mengelakkan sakit telinga disebabkan semut atau  serangga kecil lain masuk ke telinga.

Jika telinga dimasuki semut ketika tidur atau  baring,ambil minyak rambut atau minyak masak dan tuangkan ke dalam telinga.
Sekiranya risau serangga berbisa,boleh gunakan minyak afiat atau yang sewaktu dengannya iaitu minyak yang digunakan untuk membuang bisa binatang.

Selamat mencuba. Semoga sihat selalu semua.

Nasihat Melebatkan Rambut

Assalamualaikum anakanda sekalian

Hari ini bonda nak kongsikan nasihat dari nenda untuk memastikan kami anakandanya semua memiliki rambut yang sihat bermaya dan lebat.

Dulu masa bonda masih belajar di sekolah. Setiap minggu(hari ahad) kami akan mengambil pati kelapa parut untuk dilumur atas kulit kepala dan setiap helaian rambut.
Bonda menasihati kami gunakan di pagi hari untuk buang panas dalam badan. Hebat bukan dapat faedah 2in1.
Hasilnya Alhamdulillah rambut hitam lebat dan lurus. Tapi lepas bonda masuk universiti rambut bonda semakin hari semakin nipis sebab tidak dijaga.
Jadi bonda nasihatkan anakanda jagalah,peliharalah sebaiknya setiap inchi anggota kita terutamanya wanita.

selamat beramal anakanda sekalian.